Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Thursday, 14 April 2011

Tanam Rumput Carpet

Nampak tak cantik betul laman rumah, kalo tanam rumput karpet cantik gak... bilang dengan ayahnya , hajat kita tu, dia setuju. Aku pun mulakan bersihkan kawasan tu.. bila dah cangkul rumput macam dalam gambo no. 2 tu,ayah kata nanti dia suruh budak-budak landskap buat. Hampeh... cakap le dari awal nak suruh bebudak tu buat, tidak le teman susah payah mencangkul rumput. Salah aku juga, terlebih rajin.. macam tak de benda lain  nak buat. Ok takpe lah... projek on    .. jadilah ia Projek Landskap pelatih Abm. 

Sebelum

Sesudah di racun dan di cangkul sedikit.

Dua tiga hari lepas tu, datang bebudak tu, proses bermula dengan menggembur dan meratakan tanah, kemudian letak pasir, ini supaya rumput lebih subur dan elakkan rumput lain tumbuh.

Sedang mencangkul dan meratakan tanah.

Untuk nampak lebih menarik lagi, di letakkan refleksologi stone. Dapat di lihat dalam gambo di bawah mereka sedang menyusun batu tersebut. Cikgu ( pakai baju biru tua) sedang memberikan arahan kepada pelatih-pelatih. Gambo ni ambil dari dalam rumah, so tak clear sangat.

Sedang mengatur refleksologi stone

Dua hari selepas itu rumput yang di order sudah pun samapai,dan sedia untuk di tanam. Keesokkan harinya barulah mulakan proses menanam.
Rumput Carpet
  
Irfan sedang berjalan di atas stone.

Baru selesai di tanam

Hari yang ke lima, rumput sudah siap di tanam. Kemudian di tambah pulak dengan meletakkan batu-batu sungai di sekeliling rumput. Di serikan pula dengan pokok bunga tutup bumi. Ini lah hasilnya. Nasib baik ada 
bebudak tu yang buat, kalo aku buat sorang, jenuh le.. sebulan belum tentu siap.hehe



Tambah batu sungai kat bahagian tepi

Gambar terkini.

No comments:

Post a Comment