Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Wednesday, 6 April 2011

Gunung Jerai & Pantai Merdeka

Secara tak dirancang, kami naik Gunung Jerai. Abang nak pergi ke Guar Cempedak, tiba dipertengahan jalan aircond rosak. Jadi kami kena baiki dekat bengkel yang berdekatan. Sementara tunggu kete siap, kami gunakan kete bengkel tu . Kebetulan Gunung Jerai tak bape jauh dari situ.

Perjalanan ke puncak ambil masa dalam 20 minit. Jalannya bengkak bengkok , banyak selekoh tajam.Kalau aku memang tak berani nak drive.. silap2 boleh tergolek ke bawah..Cantik juga pemandangan dari puncak sana. Sejuk dan nyaman, macam kat Cameron Highland.Tapi sayang sekejap je di sana, tergesa-gesa turun, abang nak pi solat Jumaat pulak.Sempat ambik gambo tapi  kamera buat hal hanya beberapa keping saja gambo yang jadi.  Lain kali kami datang lagi... bermalam pulak..Rumah penginapan nampak best sangat.





Selepas selesai solat Jumaat,kete pun dah siap, kami terus ke Kota Kuala Muda, abang lawatan tapak kat sana. Sementara abang pegi buat keje, aku pi sembahyang Zohor kat masjid berdekatan.Masuk je kawasan masjid, hati berkata-kata, cantiknya masjid ini, masih baru. Tempat ambil wuduk dan toilet pun selesa sangat. Hana sempat mandi kat sini.Selesai solat, aku tengok abang tengah sembang dengan  Mak cik yang duduk kat beranda masjid. Kata Mak cik tu ini masjid Dato Siti Nurhaliza.Emmm kalo aku banyak duit, mahu juga buat masjid sebegini...banyak pahalanya... Amin.    

Selepas itu kami bertolak ke Penang, ada satu tapak lawatan di sana. Singgah makan nasi dulu, masing-masing laporrrr... aku order nasi dalca daging.. anak2 nasi ayam.. sedap...kenyang.. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Pantai Merdeka. Elok je sampai, hujan turun, tak syok la nak jalan-jalan kat pantai selepas hujan. Kami pun pulang.

No comments:

Post a Comment