Buat masa sekarang aku ada 2 mesin jahit. Satu Singer 8082 dan satu lagi mesin interlock Brother 3034D. Yang Singer aku beli kat Jitra lebih kurang setahun yang lalu. Beli ni pun sebab mesin lama Genki dah rosak. Setakat ini aku puas hati dengan mesin ni, belum buat hal lagi. harap -harap janganlah meragam , memang tengah mood nak menjahit ni.
Yang mesin jahit tepi Brother ni pulak, baru je beli 8 April yang lalu. Kat mana beli ? Kat mana lagi , kalo tak kat LSN, yang popular kat Wanita Melayu. Memang dah lama berhajat nak beli ni.. tapi dulu kerja, tak de banyak masa menjahit, kini dah jadi FTHW, bertambah berkobar-kobarlah... hehe.. Kebetulan suami ada kerja di KL, jadi aku ambil peluang ikut. Apa lagi terbanglah $$$$$$....huh puas hati... tak de spoil mood jahit. Siap je potong kain , terus je boleh jahit, tak yah pi kedai lagi, senang bangat... Banyak projek nak buat ni, kain dah beli kat Kamdar, masa kat KL hari tu..Nantikan hasilnya nantiiii...k
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment