Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Saturday, 16 April 2011

Peasant Dress & Baju Melayu

Inilah hasil pertama jahitanku, menggunakan Interlock Brother, untuk adik sehelai gaun warna koko dengan corak pokedot.Untuk abang sepasang Baju Melayu Johor.

Bahagian bawah lengan dan bawah baju gunakan jahitan tepi halus. Letak  ropol kat bahagian bawah. Buat kedut gunakan mesin jugak.

Posing di tepi tasik depan rumah je.. 

"Sayalah Kemboja Putih".. asal pegang bunga je, itulah ayat yg kuar .. pengaruh  slot Lagenda TV3.. hahaha 

Di bawah pohon buluh di tepian tasik. 


"Mama, Hana suka senyum-senyum "( ambil gambo)

Apa yang dijelingkan ?

Baju abang pulak... Baju Melayu Johor biru tua. Nak buat yang cekak musang , belum pandai lagi. Dah dipakai sembahyang Jumaat hari tu.

"Mama, Irfan takut pokok buluh ni.. "

Peace...Peace !

Tak boleh bukak mata, panas time ni, lepas Solat Jumaat.

Dua beradik posing di atas gazebo 

jurusnya dua beradik ni !

lapar air, minum dulu..

Dalam gambo nampak cantik pulak air tasik ni 

2 comments:

  1. mesti seronokkan tengok anak2 pakai baju yg kita jahit, rasa bangga sekejap

    ReplyDelete
  2. ya Ju, bangga sangat, semangat menjahit makin berkobar2.

    ReplyDelete