Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Monday, 18 April 2011

Gaun Deep Pink

Ini baju yang kedua untuk Hana. Warna  deep pink. Paling lomah buat pelapik leher. Design lain, jadi lain.

Sekuntum bunga di dada.






Uwaaa.. tiba-tiba di gigit semut... tamat photo shoot hari ni

Lempeng Pisang

Semalam sempat buat lempeng pisang. Serius.. dah lebih 10 tahun tak macam benda ni.  Masa kecik-kecik dulu emak rajin sangat buat benda ni. tetiba teringin pulak nak makan. Sempat snap gambo spt yg di bawah ni..

Pisang Awak yg dah masak - bawak dari kpg

Pisang  yang dah siap dilenyek.

Campurkan dengan sedikit garam,gula dan tepung.

Sapukan selapisan bancuhan tadi ke atas daun pisang.

  Letakkan pula intinya kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


 
Dilipat dua

Bakar atas kuali leper

Dibalik-balikkan. Bakar sehingga garing.

Dah masak. 
Cuba rasa...emmm masih sama seperti yang dulu.

Saturday, 16 April 2011

Peasant Dress & Baju Melayu

Inilah hasil pertama jahitanku, menggunakan Interlock Brother, untuk adik sehelai gaun warna koko dengan corak pokedot.Untuk abang sepasang Baju Melayu Johor.

Bahagian bawah lengan dan bawah baju gunakan jahitan tepi halus. Letak  ropol kat bahagian bawah. Buat kedut gunakan mesin jugak.

Posing di tepi tasik depan rumah je.. 

"Sayalah Kemboja Putih".. asal pegang bunga je, itulah ayat yg kuar .. pengaruh  slot Lagenda TV3.. hahaha 

Di bawah pohon buluh di tepian tasik. 


"Mama, Hana suka senyum-senyum "( ambil gambo)

Apa yang dijelingkan ?

Baju abang pulak... Baju Melayu Johor biru tua. Nak buat yang cekak musang , belum pandai lagi. Dah dipakai sembahyang Jumaat hari tu.

"Mama, Irfan takut pokok buluh ni.. "

Peace...Peace !

Tak boleh bukak mata, panas time ni, lepas Solat Jumaat.

Dua beradik posing di atas gazebo 

jurusnya dua beradik ni !

lapar air, minum dulu..

Dalam gambo nampak cantik pulak air tasik ni 

Thursday, 14 April 2011

Kebun belakang rumah

Selain menjahit, minat jugak bercucuk tanam. Hobi yang sihat ni, selain dapat merasa hasilnya, dapat juga buat peluh. Maklumlah suri rumah, tak pergi mana-mana, peluh tak kuar.

Adalah beberapa jenis yang di tanam, antaranya pokok cili, terung, bendi, kelisa, lengkuas, kunyit, bunga kantan, kangkung, daun kesum dll.

Kacang Bendi

Daun Kesum

Lengkuas

Ulam Raja

Kacang Kelisa 
- di saat ini ia sudah tiada lagi kerna sudah di cantas oleh si pemotong rumput.huhu


Kucai - sponser dr emak


Terung - sedap di masak pajeri


Tak tau nama apa, tapi bunganya digunakan untuk menjadikan nasi kerabu berwarna biru.


Rosell- daunnya di serang bena perang


Ubikayu - pucuknya sedap di masak rendang. 

Tanam jugak pokok nangka madu, mempelam,nenas , pisang,kelapa pandan dan kelapa matag.Sayur-sayur memang dah merasa hasilnya, cuba pokok buah belum lagi.

Beberapa biji mangga muda yang tinggal

Kelapa Matag

Pokok mempelam muda lagi.Cepat juga mempelam ni berbunga. Genap setahun dah  mengeluarkan bunga,tapi sayang bila cuaca dah panas begini banyak putik yang getak (gugur). Tinggal beberapa biji lagi, harap dapat la merasa buah sulung.

Pokok pisang pulak ada 3 tandan. belum tua  lagi. Dan dah masak memang tak termakan.

Pisang Kapal

Tanam Rumput Carpet

Nampak tak cantik betul laman rumah, kalo tanam rumput karpet cantik gak... bilang dengan ayahnya , hajat kita tu, dia setuju. Aku pun mulakan bersihkan kawasan tu.. bila dah cangkul rumput macam dalam gambo no. 2 tu,ayah kata nanti dia suruh budak-budak landskap buat. Hampeh... cakap le dari awal nak suruh bebudak tu buat, tidak le teman susah payah mencangkul rumput. Salah aku juga, terlebih rajin.. macam tak de benda lain  nak buat. Ok takpe lah... projek on    .. jadilah ia Projek Landskap pelatih Abm. 

Sebelum

Sesudah di racun dan di cangkul sedikit.

Dua tiga hari lepas tu, datang bebudak tu, proses bermula dengan menggembur dan meratakan tanah, kemudian letak pasir, ini supaya rumput lebih subur dan elakkan rumput lain tumbuh.

Sedang mencangkul dan meratakan tanah.

Untuk nampak lebih menarik lagi, di letakkan refleksologi stone. Dapat di lihat dalam gambo di bawah mereka sedang menyusun batu tersebut. Cikgu ( pakai baju biru tua) sedang memberikan arahan kepada pelatih-pelatih. Gambo ni ambil dari dalam rumah, so tak clear sangat.

Sedang mengatur refleksologi stone

Dua hari selepas itu rumput yang di order sudah pun samapai,dan sedia untuk di tanam. Keesokkan harinya barulah mulakan proses menanam.
Rumput Carpet
  
Irfan sedang berjalan di atas stone.

Baru selesai di tanam

Hari yang ke lima, rumput sudah siap di tanam. Kemudian di tambah pulak dengan meletakkan batu-batu sungai di sekeliling rumput. Di serikan pula dengan pokok bunga tutup bumi. Ini lah hasilnya. Nasib baik ada 
bebudak tu yang buat, kalo aku buat sorang, jenuh le.. sebulan belum tentu siap.hehe



Tambah batu sungai kat bahagian tepi

Gambar terkini.