Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Wednesday 10 October 2012

Jahit & Jual Telekung

Tetiba je rasa nak menjahit.. sambil menjahit tu apa salahnya ambil tempahan.. dapat  juga duit poket... itu pun kalu ada yang mengorder le... ada ke tak de kita test market dulu... jahit apa ni.. telekung je... kalo kat area  Jitra ni telekung  kain jersey memang tengah hot... penjual kain tu kata dalam masa seminggu dua je habis 80 gulung... banyak tu..kat kedai alat jahitan pulak.. hari isnin aku gi servey renda... banyak lagi masa tu... pergi hari rabu... tinggal sebungkus dua je.. laris bangat... apek tu pun tahu... itu semua  telekung punya pasal.

Makanya , start la menjahit telekung.. aku buat utk dewasa juga kanak-kanak. Untuk kanak-kanak.. Hana boleh jadi modelnya... ni yg dewasa ni ,. tak tau sapa nak buat model...

Inilah hasil kerja diriku.. yg dewasa ada 2 design.. beza cuma kat letakan renda saja. Yang A, renda kat getah di dahi, manakala yang B, renda kat atas kepala. Aku suka sembahyang guna kain ni... sebab ia agak berat... bila sembahyang bawah kipas.. kain tak terangkat... lain-lain spesifikasinya korang tengok la kat blog   telekungraudhah  atau pun dekat fb : telekungraudah kalo ada yang nak menempah tu sila kan le... dialu-alukan... hihihi







Tuesday 28 August 2012

Majlis Aqiqah dan cukur jambul M Zaeem Wafi

Belum sempat habis pantang, ayahnya dah nak buat aqiqah. Majlis sungguh ala kadar, memandangkan aku belum habis pantang dan semestinya belum pulih sepenuhnya. Kami jemput jiran tetangga dan sanak saudara serta pelajar-pelajar dekat sini saja.

Sembelih 2 ekor kambing. Seekor masak kerutup, seekor lagi buat kari. Habis licin. Order dengan pok cik kantin , ayam merah, dalca, daging rendang dan pencuci mulut juga habis. Alhamdulillah tak membazir.

Last minute preperation.. sedikit buah tangan ... beli pagi tu jugak  

 
Tetamu sedang bersantap
 
 
 
Tok imam tengah belah mulut Zaeem dengan buah tamar
 
 
Tok Imam gunting jambul adik
 
 
 
Geng-geng Selawat Nabi
 
Syukur semuanya dah selesai. Terima kasih kepada semua yang hadir dan berjutaan terima kasih kepada yang bawak hadiah untuk Zaeem... banyak koleksi beg baby...
 
 


Kembali lagi...ada orang baru

Sudah lama blog ni terbiar sepi.
Kini masanya untuk berblogging kembali.

Kita start dulu dengan kelahiran orang baru dalam famili kami. Tanggal 11 June 2012, lahirlah putera bongsu kami yang diberi nama Muhammad Zaeem Wafi. Seperti yang dulu, aku kena czer jugak, bezanya cuma tempat kelahirannya tidak di KL lagi, tapi di Alor Setar. Kali ini aku memilih untuk bersalin di hospital swasta, saja nak merasa dan gatai nak perabihkan duit. Tak banyak pilihan dekat Alor Setar ni, cuma ada 3 saja , sama ada KMC, PMC dan INS. Aku memilih PMC kerana kos yang lebih murah berbanding KMC, dan lebih mesra pelanggan berbanding INS.

Thursday 8 September 2011

Jari Sifir


Jari Sifir satu kaedah alternatif untuk mahir sifir. Teknik ni tak perlu menghafal, sebaliknya menggunakan jari sahaja.Elok sangat diperkenalkan pada murid Tahun 2 atau 3 kerana sifir mula diajar pada mereka start dr tahun 2. So pada parent yg ada anak bermasalah utk hafal sifir, mungkin teknik Jari Sifir dapat membantu.  Kaedah ni pun kena ingat gak cara nak kiranya, jika tak ingat gak tak dapet nak  nolongnya..



Sifir 9, paling mudah sekali, cuba lihat contoh di bawah, cuma perlu lipat 1 jari sahaja. Macam contoh 2 x 9=18 Lipat jari no.2. Kira jari sebelum lipat berapa dan selepas lipat berapa ? Sebelum lipat 1 dan selepas lipat 8. jadi cantumkan , dapat 18... senangkan.



Untuk sifir 2,3 dan 4, guna urat jari. Lihat contoh di bawah.



Bagi sifir 5 dan 6, lebih baik gunakan jam. Bagaimana ? Tunggu posting akan datang....

Monday 22 August 2011

Umrah & Ziarah Ramadan 2011

Alhamdulillah dah selamat pergi dan kembali pulang ke tanahair. Walaupun tanpa perancangan yang panjang ,  kerja umrah kami berjalan lancar. Syukur kepada Allah yang memberi rezeki , kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk kami suami isteri serta rombongan Rakyat Travel mengerjakan ibadahMu.

Inilah pengalaman paling indah dalam hidupku, dapat berpuasa di Kota Madinah dan kota suci Mekah yang penuh barakah. Walaupun cuaca di sana amat panas,di tambah pulak sedang berpuasa tapi syukur kebanyakan aktiviti yang di atur dapat di sertai.

Di Madinah yang paling penting adalah ziarah ke Raudah iaitu terletaknya makam Rasullullah S.A.W dan para sahabat.Dapat dua kali ke sana. Walaupun proses menunggu agak lama dan keadaan berasak-asak serta  bertolak-tolak  dapat  juga aku bersolat sunat dan berdoa di sana. Semoga akan bertemu Rasullullah di akhirat kelak. Amin.

Setelah mengucapkan selamat tinggal buat Rasullullah dan para sahabat kami berangkat ke Mekah.Di sana pula keadaan lagi sesak dengan jemaah. Walaupun begitu masih ada ruang untuk aku bersolat jemaah  setiap waktu di Masjidil Haram.Sudah lama aku tidak bersolat sunat Terawih kerana kekangan anak, lalu aku ambil peluang ini untuk menunaikan solat sunat ini dengan sebaik mungkin. .

Aku hanya sempat buat umrah 3 kali saja, dan sekali tawaf sunat. Begitu menduga ketahanan fizikal yakni untuk tawaf dan saie semasa sedang berpuasa.Juga menguji keimanan. Jika lemah imam, mahu rasanya meneguk air zam-zam yang memang enak sekali tatkala cuaca terik di tambah pula senang bersaie.Hanya satu tempat ziarah tak dapat diikuti iaitu ke ladang unta, kerna tak boleh bukak mata lagi, baru balik dari buat umrah ke 3. Walau pun begitu susunya dapat di minum siap bawak balik ke Malaysia lagi.

Baru saja nak biasa dengan rutin di sana, dah tiba masa untuk pulang. Sudah pasti aku akan merindui Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Kaabah. Dengan izinNya jua aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.Semoga di berikan kesempatan lagi oleh Allah untuk mengadap Kaabah ..inilah antara foto-foto yang sempat di rakam di sana. Tak pandai nak citer panjang-panjang.

bersama-sama teman serombongan di lobi hotel Sofra Al Huda Madinah.

bersama Wan di masjid Quba. Menurut Hadis " Barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya, kemudian ia bersolat dua rakaat di Masjid Quba', fadhilatnya umpama satu umrah"


kenangan bersama Kak Zahrah selepas selesai solat sunat di masjid Quba'


sedang menunggu waktu berbuka puasa di luar Masjid Nabawi Madinah


budak perempuan ni sedang mengagihkan roti untuk berbuka puasa. Akan ada ramai yang memberi sedekah buah kurma, air , epal, yogurt, kekacang dll.





di luar Masjid Nabawi


Masjid Terapung Jeddah


bersama Mutawif kami ustaz Elias, dan Wan di Jabal Thur


 bergambar beramai-ramai di Jabal Thur


posing di Jabal Rahmah...ustaz kata ini bukan tempat pertemuan Adam & Hawa. 


baru selesai tawaf...selepas solat subuh


kedai belakang hotel di Mekah. 24 jam on. Tutup time solat je..


kedai lagi...ku bukan kaki shoping.. beli apa yg patut


kedai lagi... selepas solat ramailah yang akan singgah dan menyoping di sini.. 


suasana di luar Masjidil Haram sebelum azan Subuh.




hari terakhir sebelum pulang sempat bergambar bersama mokcik kelate di luar Masjid Terapung Jeddah

Thursday 16 June 2011

Dari Ladang Anggur ke Gunung Jerai

Dah lama tak update kat sini, bizzy eh.. tak pergi jauh-juah cuti sekolah baru ni. Jalan-jalan kat kedah je.. kali ni pergi Ladang Anggur kat Sik. Lepas tu naik puncak Gunung Jerai. Makan-makan... balik le..







Hana dah ambil bakul , nak petik buah anggur... mahal beb.. petik sendiri RM50/kg... petik la sejambak dua.. buat buah tangan..

Tunggu order....makan petang kat Puncak Jerai.. 

Hana order ice lemon tea

Abang pulak.. jus manggo... sedapppp

Tengah menikmati Roti Jala.. 

Untuk abang... satu set Hotdog

Untuk ayah pulak.. sup kambing cicah dengan roti.. untuk mama tak de... on diet kononnya..


Wednesday 25 May 2011

Hadiah buat Cikgu

Exam pertengahan tahun dah abis, hari ini 26 Mei 2011, hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun bermula. Di kesempatan ini sekolah Irfan mengadakan sambutan Hari Guru. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, kenalah mamanya sediakan hadiah untuk cikgu-cikgu pilihannya.

Pada tahun ini, hadiah untuk cikgu simple je, untuk cikgu kelas, mama hadiahkan Travel Tissue Holder & Bookmark. Ini semua buat sendiri.



Untuk cikgu pilihannya pula iaitu cikgu Aziz, yakni guru matematiknya, mama hadiahkan sebatang pen & bookmark yang berbentuk tie, dibuat special untuk cikgu.


Walaupun hadiah ini tak seberapa, harap cikgu-cikgi sudi menerimanya. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan kalian kepada semua anak muridmu.SELAMAT HARI GURU.