Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Wednesday 25 May 2011

Hadiah buat Cikgu

Exam pertengahan tahun dah abis, hari ini 26 Mei 2011, hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun bermula. Di kesempatan ini sekolah Irfan mengadakan sambutan Hari Guru. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, kenalah mamanya sediakan hadiah untuk cikgu-cikgu pilihannya.

Pada tahun ini, hadiah untuk cikgu simple je, untuk cikgu kelas, mama hadiahkan Travel Tissue Holder & Bookmark. Ini semua buat sendiri.



Untuk cikgu pilihannya pula iaitu cikgu Aziz, yakni guru matematiknya, mama hadiahkan sebatang pen & bookmark yang berbentuk tie, dibuat special untuk cikgu.


Walaupun hadiah ini tak seberapa, harap cikgu-cikgi sudi menerimanya. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan kalian kepada semua anak muridmu.SELAMAT HARI GURU.

  

No comments:

Post a Comment