Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Wednesday 25 May 2011

Hadiah buat Cikgu

Exam pertengahan tahun dah abis, hari ini 26 Mei 2011, hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun bermula. Di kesempatan ini sekolah Irfan mengadakan sambutan Hari Guru. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, kenalah mamanya sediakan hadiah untuk cikgu-cikgu pilihannya.

Pada tahun ini, hadiah untuk cikgu simple je, untuk cikgu kelas, mama hadiahkan Travel Tissue Holder & Bookmark. Ini semua buat sendiri.



Untuk cikgu pilihannya pula iaitu cikgu Aziz, yakni guru matematiknya, mama hadiahkan sebatang pen & bookmark yang berbentuk tie, dibuat special untuk cikgu.


Walaupun hadiah ini tak seberapa, harap cikgu-cikgi sudi menerimanya. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan kalian kepada semua anak muridmu.SELAMAT HARI GURU.

  

Thursday 12 May 2011

Leher Baju Melayu Cekak Musang

Persediaan untuk raya nanti, try dulu buat leher, part lain dah ok...jimat belanja jahit sendiri baju anak-anak.. tahun lepas , upah jahit baju melayu budak RM80, tak cantik mana pun!

Pin Kusyen Labu

Dah lama nak buat benda ni, malam ini aku berjaya membuatnya.. hihi.. di sinilah tempatnya jarumku melepak..



Monday 9 May 2011

Vest

Nampak senang nak jahit ni, pertama kali buat tak jadi.. tak boleh nak terbalikkan, silap jahit tang lubang lengan. Look simple, tapi kalau pandai dipadankan dengan baju, akan nampak lebih bergaya. Akan buat lagi sebab Hana suka pakai.

Paling suka pakai ini, tido pun pakai

Gaya nak ke opis 

Macam budak dah sekolah je, baru nak masuk 4 tahun...

Abang punya..

Gandingan 2 beradik bersama vest masing-masing.. hana sebijik macam anak cina

Saturday 7 May 2011

Kad Ucapan Hari Ibu

Sekeping kad ucapan sudah memadai untuk rasa dihargai oleh si ibu daripada si anak yang masih mentah.Rasa terharu gitu....

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu, teristimewa buat ibuku Rakiyah Abdullah dan juga ibu mertuaku Siti Aminah Awang. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Jasamu tak mungkin dapat ku balas.  
Terima kasih ibu... kau RATU HATIKU.






Tuesday 3 May 2011

Spontan ke Penang

Cuti hari Buruh, cadangnya nak balik kampung Kelate,  dari Kelatan nak terus ke Terengganu, kononnya nak sambut brithday mama kat sana.Mama siaplah beg besor. Lepas Jumaat kami pun bertolak. Sampai kat Jitra, cik abang tukar rancangan, penat katanya sebab baru balik dari  Johor.Kita pendekkan perjalanan kita, So Penanglah destinasi yang paling ideal.

Dua jam lepas tu , sampailah kami ke Penang. Pusing-pusing cari hotel. Jumpalah dengan B Suite. Ok , kami check in. Puas hati bilik luas sangat,berbaloi dengan ratenya.Anak-anak boleh berlari-lari, tak seperti selalu bilik nya muat-muat katil je.






Selepas Isyak kami dinner. Ajak sekali adik sekeluarga yang dok kat Penang. Dia bawak kami makan di Sg Ara. Ini kira celeberate hari jadi mama yang ke 28 + 10. Tak de kek  tiup-tiup lilin, jamu  tomyam dengan ikan bakar je..  order sup dengan kailan ikan masin tak sampai-sampai hingga ke sudah.





Lepas  dinner, cik abang belum puas hati, ronda lagi, pusing-pusing tempat yang sama, entah berapa kali. Niatnya nak pekena Sup Hameed. Sedap katanya, itulah lokasi wajib bosnya setiap kali ke Penang. Akhirnya jumpa jua. Kedai mamak tepi jalan je rupanya. Pekena sup daging & kambing cicah dengan roti, ok la rasanya.

Esoknya , kami lunch dekat rumah adik. Lepas itu shopping kat Kompleks Bukit Jambul. Mama masuk Kamdar. Tengah sale. Beli beberapa helai kain, kebanyakannya kain potong-potong... murah .. untuk buat baju budak and kraf.   Ayah beli buku dan travel bag. Hana beli sandal.Mama berkenan pulak wallet merah, sambar satu.. hehehe




Lepas itu , kami menuju ke Batu Feringgi, budak-budak sempat main-main kat gigi air je.. dah petang, nak kejar feri. Taman Rama-Rama, Taman Herba semua tak sempat masuk. lain kali la no...





Monday 2 May 2011

Pencil Roll & Kimono

Beberapa hari lepas sempat siapkan dua barang. Untuk si adik jahitkan baju Kimono. Tapi sayang Hana tak berkenan  baju ni... mungkin sebab warnanya bukan pink kaler lagi pun bila pusing-pusing depan cermin , ia tak kembang-kembang gitu. Pakai sekejap je, tak sempat nak ambik gambo... Mamanya yang gigih menjahit, tambah pulak part nak buat bias tape.Dah le tak de bias tape maker, taram manual je, berjaya juga, anaknya tak berkenan, makanya gantung je lah.






Untuk di abang pulak buatkan pencil roll. Abangnya dah komplen asyik-asyik buatkan untuk adik saja, untuk abang tak de pun. Jadi untuk tidak menghampakan, gigih mama siapkan pencil roll malam tu jugak. Ini lah hasilnya, first time buat, nampak tak kemas jahitannya.


Esoknya terus di bawak ke sekolah. Best friendnya dah berkenan beb.. mintak buatkan satu untuk dia. Siap tulis note lagi, pilihan warna dan nak tulis nama dia lagi... budak2 sekarang... bijak-bijak. 

Perbualan dalam kereta semasa pulang dari sekolah

Irfan : Ma, kawan ifan nak jugak pencil roll tu
Mama : Ada jugak yang berkenan
Irfan : Mama kena buat untuk dia.Bape dia kena bayo?
Mama: Sepuluh ringgit.
Irfan : mahainya... lima ringgit cukup la.Kena bayo dulu ke atau dah siap nanti.
Mama: Bila siap nanti.( dalam hati.. belum tau bila nak siap)
Irfan : Ok.nanti ifan cakap dengan dia.( sambil beri nota dr kawan)
Mama: uishh budak ni.. siap demand kaler lagi... hehehe

Nota tempahan... demand sungguh...