Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Monday, 2 May 2011

Pencil Roll & Kimono

Beberapa hari lepas sempat siapkan dua barang. Untuk si adik jahitkan baju Kimono. Tapi sayang Hana tak berkenan  baju ni... mungkin sebab warnanya bukan pink kaler lagi pun bila pusing-pusing depan cermin , ia tak kembang-kembang gitu. Pakai sekejap je, tak sempat nak ambik gambo... Mamanya yang gigih menjahit, tambah pulak part nak buat bias tape.Dah le tak de bias tape maker, taram manual je, berjaya juga, anaknya tak berkenan, makanya gantung je lah.






Untuk di abang pulak buatkan pencil roll. Abangnya dah komplen asyik-asyik buatkan untuk adik saja, untuk abang tak de pun. Jadi untuk tidak menghampakan, gigih mama siapkan pencil roll malam tu jugak. Ini lah hasilnya, first time buat, nampak tak kemas jahitannya.


Esoknya terus di bawak ke sekolah. Best friendnya dah berkenan beb.. mintak buatkan satu untuk dia. Siap tulis note lagi, pilihan warna dan nak tulis nama dia lagi... budak2 sekarang... bijak-bijak. 

Perbualan dalam kereta semasa pulang dari sekolah

Irfan : Ma, kawan ifan nak jugak pencil roll tu
Mama : Ada jugak yang berkenan
Irfan : Mama kena buat untuk dia.Bape dia kena bayo?
Mama: Sepuluh ringgit.
Irfan : mahainya... lima ringgit cukup la.Kena bayo dulu ke atau dah siap nanti.
Mama: Bila siap nanti.( dalam hati.. belum tau bila nak siap)
Irfan : Ok.nanti ifan cakap dengan dia.( sambil beri nota dr kawan)
Mama: uishh budak ni.. siap demand kaler lagi... hehehe

Nota tempahan... demand sungguh...


2 comments:

  1. kak, cantik la pencil roll tu. Amboii budak2 sekrg pndai ye hehe

    ReplyDelete
  2. dah buat satu, tak ikut request dia pun.. hehehe

    ReplyDelete