Cuti hari Buruh, cadangnya nak balik kampung Kelate, dari Kelatan nak terus ke Terengganu, kononnya nak sambut brithday mama kat sana.Mama siaplah beg besor. Lepas Jumaat kami pun bertolak. Sampai kat Jitra, cik abang tukar rancangan, penat katanya sebab baru balik dari Johor.Kita pendekkan perjalanan kita, So Penanglah destinasi yang paling ideal.
Dua jam lepas tu , sampailah kami ke Penang. Pusing-pusing cari hotel. Jumpalah dengan B Suite. Ok , kami check in. Puas hati bilik luas sangat,berbaloi dengan ratenya.Anak-anak boleh berlari-lari, tak seperti selalu bilik nya muat-muat katil je.
Selepas Isyak kami dinner. Ajak sekali adik sekeluarga yang dok kat Penang. Dia bawak kami makan di Sg Ara. Ini kira celeberate hari jadi mama yang ke 28 + 10. Tak de kek tiup-tiup lilin, jamu tomyam dengan ikan bakar je.. order sup dengan kailan ikan masin tak sampai-sampai hingga ke sudah.
Lepas dinner, cik abang belum puas hati, ronda lagi, pusing-pusing tempat yang sama, entah berapa kali. Niatnya nak pekena Sup Hameed. Sedap katanya, itulah lokasi wajib bosnya setiap kali ke Penang. Akhirnya jumpa jua. Kedai mamak tepi jalan je rupanya. Pekena sup daging & kambing cicah dengan roti, ok la rasanya.
Esoknya , kami lunch dekat rumah adik. Lepas itu shopping kat Kompleks Bukit Jambul. Mama masuk Kamdar. Tengah sale. Beli beberapa helai kain, kebanyakannya kain potong-potong... murah .. untuk buat baju budak and kraf. Ayah beli buku dan travel bag. Hana beli sandal.Mama berkenan pulak wallet merah, sambar satu.. hehehe
Lepas itu , kami menuju ke Batu Feringgi, budak-budak sempat main-main kat gigi air je.. dah petang, nak kejar feri. Taman Rama-Rama, Taman Herba semua tak sempat masuk. lain kali la no...