Masa itu bukan emas, kerna masa tidak ternilai harganya walaupun dengan selautan emas.Masa adalah nafas kehidupan.Sedetik denyutan jantung yang berlalu, tak mungkin akan berulang kembali. Walau secanggih mana pun teknologi ,ia tidak akan mampu mengembalikan setiap saat yang sudah berlalu. Kita hanya mampu merakamkan peristiwa tatkala ia berlaku, dengan alatan moden yang tercipta.Dengan itu kita dapat merenung kembali masa lalu yang kini tinggal nostalgia belaka. Justeru itu, manfaatkanlah masa yang kita ada.

Tuesday, 28 August 2012

Majlis Aqiqah dan cukur jambul M Zaeem Wafi

Belum sempat habis pantang, ayahnya dah nak buat aqiqah. Majlis sungguh ala kadar, memandangkan aku belum habis pantang dan semestinya belum pulih sepenuhnya. Kami jemput jiran tetangga dan sanak saudara serta pelajar-pelajar dekat sini saja.

Sembelih 2 ekor kambing. Seekor masak kerutup, seekor lagi buat kari. Habis licin. Order dengan pok cik kantin , ayam merah, dalca, daging rendang dan pencuci mulut juga habis. Alhamdulillah tak membazir.

Last minute preperation.. sedikit buah tangan ... beli pagi tu jugak  

 
Tetamu sedang bersantap
 
 
 
Tok imam tengah belah mulut Zaeem dengan buah tamar
 
 
Tok Imam gunting jambul adik
 
 
 
Geng-geng Selawat Nabi
 
Syukur semuanya dah selesai. Terima kasih kepada semua yang hadir dan berjutaan terima kasih kepada yang bawak hadiah untuk Zaeem... banyak koleksi beg baby...
 
 


Kembali lagi...ada orang baru

Sudah lama blog ni terbiar sepi.
Kini masanya untuk berblogging kembali.

Kita start dulu dengan kelahiran orang baru dalam famili kami. Tanggal 11 June 2012, lahirlah putera bongsu kami yang diberi nama Muhammad Zaeem Wafi. Seperti yang dulu, aku kena czer jugak, bezanya cuma tempat kelahirannya tidak di KL lagi, tapi di Alor Setar. Kali ini aku memilih untuk bersalin di hospital swasta, saja nak merasa dan gatai nak perabihkan duit. Tak banyak pilihan dekat Alor Setar ni, cuma ada 3 saja , sama ada KMC, PMC dan INS. Aku memilih PMC kerana kos yang lebih murah berbanding KMC, dan lebih mesra pelanggan berbanding INS.