Alhamdulillah dah selamat pergi dan kembali pulang ke tanahair. Walaupun tanpa perancangan yang panjang , kerja umrah kami berjalan lancar. Syukur kepada Allah yang memberi rezeki , kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk kami suami isteri serta rombongan Rakyat Travel mengerjakan ibadahMu.
Inilah pengalaman paling indah dalam hidupku, dapat berpuasa di Kota Madinah dan kota suci Mekah yang penuh barakah. Walaupun cuaca di sana amat panas,di tambah pulak sedang berpuasa tapi syukur kebanyakan aktiviti yang di atur dapat di sertai.
Di Madinah yang paling penting adalah ziarah ke Raudah iaitu terletaknya makam Rasullullah S.A.W dan para sahabat.Dapat dua kali ke sana. Walaupun proses menunggu agak lama dan keadaan berasak-asak serta bertolak-tolak dapat juga aku bersolat sunat dan berdoa di sana. Semoga akan bertemu Rasullullah di akhirat kelak. Amin.
Setelah mengucapkan selamat tinggal buat Rasullullah dan para sahabat kami berangkat ke Mekah.Di sana pula keadaan lagi sesak dengan jemaah. Walaupun begitu masih ada ruang untuk aku bersolat jemaah setiap waktu di Masjidil Haram.Sudah lama aku tidak bersolat sunat Terawih kerana kekangan anak, lalu aku ambil peluang ini untuk menunaikan solat sunat ini dengan sebaik mungkin. .
Aku hanya sempat buat umrah 3 kali saja, dan sekali tawaf sunat. Begitu menduga ketahanan fizikal yakni untuk tawaf dan saie semasa sedang berpuasa.Juga menguji keimanan. Jika lemah imam, mahu rasanya meneguk air zam-zam yang memang enak sekali tatkala cuaca terik di tambah pula senang bersaie.Hanya satu tempat ziarah tak dapat diikuti iaitu ke ladang unta, kerna tak boleh bukak mata lagi, baru balik dari buat umrah ke 3. Walau pun begitu susunya dapat di minum siap bawak balik ke Malaysia lagi.
Baru saja nak biasa dengan rutin di sana, dah tiba masa untuk pulang. Sudah pasti aku akan merindui Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Kaabah. Dengan izinNya jua aku akan ke sana lagi. InsyaAllah.Semoga di berikan kesempatan lagi oleh Allah untuk mengadap Kaabah ..inilah antara foto-foto yang sempat di rakam di sana. Tak pandai nak citer panjang-panjang.
bersama-sama teman serombongan di lobi hotel Sofra Al Huda Madinah.
bersama Wan di masjid Quba. Menurut Hadis " Barangsiapa yang berwuduk dari rumahnya, kemudian ia bersolat dua rakaat di Masjid Quba', fadhilatnya umpama satu umrah"
kenangan bersama Kak Zahrah selepas selesai solat sunat di masjid Quba'
sedang menunggu waktu berbuka puasa di luar Masjid Nabawi Madinah
budak perempuan ni sedang mengagihkan roti untuk berbuka puasa. Akan ada ramai yang memberi sedekah buah kurma, air , epal, yogurt, kekacang dll.
di luar Masjid Nabawi
Masjid Terapung Jeddah
bersama Mutawif kami ustaz Elias, dan Wan di Jabal Thur
bergambar beramai-ramai di Jabal Thur
posing di Jabal Rahmah...ustaz kata ini bukan tempat pertemuan Adam & Hawa.
baru selesai tawaf...selepas solat subuh
kedai belakang hotel di Mekah. 24 jam on. Tutup time solat je..
kedai lagi...ku bukan kaki shoping.. beli apa yg patut
kedai lagi... selepas solat ramailah yang akan singgah dan menyoping di sini..
suasana di luar Masjidil Haram sebelum azan Subuh.
hari terakhir sebelum pulang sempat bergambar bersama mokcik kelate di luar Masjid Terapung Jeddah